Assalamualaikum, jangan lupa follow ;)

Thursday, March 13, 2014

Sebentuk Peringatan dan Hidayah dari Allah :')



 Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Aku lalui hari seperti biasa dan ketika waktu aku tidur.
Aku mimpi hari yang menyeramkan. Hari yang setiap orang bakal lalui iaitu
Hari Kematian.

Bermacam dugaan dan masalah yang mereka hadapi untuk menguruskan jenazah aku.
Kain kafan tak muat, jenazah berat, tak muat masuk van jenazah.
Bila sampai di tanah perkuburan.
Mereka mengangkat jenazah aku untuk dimasukkan
ke dalam liang lahad tetapi belum sempat aku masuk ke liang lahad
jenazah aku terhempas dan tergolek
sebab terlalu berat.

Setelah selesai dikebumikan
Imam memulakan bacaan talqin
Disaat imam membacakan talqin aku sudah tidak senang kerana telah berpindah
ke alam yang baru
Tepat 7 langkah imam pergi,
Aku menjerit
"Imam, jangan pergi ! Tolong aku !"

Ya, telah datang 2 orang malaikat, mungkar dan nangkir.
Pelbagai soalan yang dikemukakan.
"Siapakah tuhanmu ! Apakah agamamu ! Siapakah nabimu !"
Serta yang lain.
Kesemua boleh aku jawab

Tetapi
Satu soalan ni aku tak tahu dan tidak terjawab
sedangkan ketika kita masih hidup kita tahu apakah jawapannya iaitu
"Di Manakah Kiblatmu !"

Balasan untuk soalan yang tidak terjawab
Kubur yang semakin lama semakin sempit
sehingga tulang bertemu tulang dan
berbunyi "krekk"

MasyaAllah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya aku ketika itu.
Kemudian diperbetulkan dan dicantumkan semula tulang-tulang aku.
Tetapi, jangan ingat aku telah berasa lega
kerana soalan yang tidak dapat aku jawab itu
tetap disoal dan diulang berkali-kali
dan terjadi juga benda yang sama
kubur semakin sempit sehingga tulang bertemu tulang.

Lantas, aku terus terjaga dari tidur sekitar 4 pagi dan merasakan bilik tidur aku
terlalu gelap dan sempit sedangkan bilik aku sebenarnya luas.
Air mata menitis seperti air hujan.

Sehingga satu masa aku terfikir sejenak kenapa aku tidak terjawab dengan satu soalan itu
dan terus bibir aku berkata
"Mungkin aku sudah tidak lama sembahyang ?"
Adakah ini hidayah dari Allah.

Terus tidak tidur sementara tunggu azan subuh untuk
memohon keampunan.
Mimpi ini takkan pernah aku lupa
kerana ini adalah sebab permulaan hijrah aku.

No comments:

Post a Comment