Assalamualaikum, jangan lupa follow ;)

Thursday, March 13, 2014

Perjalanan dalam Penghijrahan

Assalamualaikum wbt.
Permulaan penghijrahan aku bermula dari solat 5 waktu.
Sudah sekian lama aku meninggalkan tikar sejadah
dan sekarang bermacam cabaran yang datang
 untuk aku bermujahadah agar terus istiqamah.

Aku tetap teruskan kehidupan dengan berfikiran positif.
Aku hamba Allah !
Bukan hamba dunia dan manusia.
Walau apa pun cabaran yang datang
Hati aku berkata

"Teruskan, jangan kau lihat apa yang ada dibelakang.
Ingatlah, setiap dugaan dan cabaran yang Allah anugerahkan adalah untuk melihat
kesungguhan kau yang hendak berubah ke jalan-Nya.
Teruslah bersangka baik terhadap-Nya."

Aku cuba pekakkan telinga dengan kata-kata sinis terhadap orang sekeliling.
Kebalkan hati untuk sentiasa sabar dan tabah dengan  mereka.
Aku tidak menyalahkan sesiapa malah aku jadikan mereka sebagai pembakar semangat.

Di dunia ni, Allah menciptakan bermacam ragam manusia.
Lumrah hidup jika ada yang sayang dan ada yang benci.
Tetapi, bukankah kasih sayang itu lebih baik ?

Wahai saudara-saudara seagama denganku.
Inginku menyusun sepuluh jari andai aku pernah mengguriskan hati kalian,
Inginku memohon kemaafan andai aku pernah berkata-kata di belakang kalian 
ketika masa lampau, sekarang dan di masa hadapan.

Maaf, aku tidak dapat memuaskan hati kalian kerana
Aku adalah manusia yang tidak dapat melarikan diri dari kesilapan.
Semoga aku dan kalian semua disinari cahaya dan hidayah Allah.

Akhir kata. Selawatlah ke atas junjungan Rasulullah saw
agar kita mendapat syafaat baginda.

No comments:

Post a Comment