Assalamualaikum, jangan lupa follow ;)

Wednesday, March 12, 2014

Pengenalan


Assalamualaikum.
Bismillah. 
22 January 1997, lahirlah bayi perempuan iaitu aku.
Dipenuhi dengan darah lalu dibersihkan untuk berada di dalam dakapan seorang ibu.
Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai umat Islam dari sebuah keluarga Islam.
 

Hari demi hari, usia semakin meningkat.
Ibu tersenyum melihat telatah anak bongsunya(aku)
Dari mengesot ke merangkak
Dari merangkak ada kemajuan berdiri
Dan sekarang aku sudah berjalan mahupun berlari.


Ya Allah
Aku bersyukur kerana melalui sebuah kehidupan dengan seorang ibu dan ayah.
Terus kau anugerahkan abang dan kakak yang bermacam ragam.
Sungguh, aku bahagia dengan kurniaanmu.
Andai mereka pergi dahulu,
Kau tinggalkanlah semangat mereka kepada aku

Tetapi
Jika aku yang dipanggil untuk menghadap Engkau terlebih dahulu.
Kau ukirkanlah senyuman di bibir mereka 
Dan berikanlah semangat aku kepada mereka agar aku bahagia dan tenang di sana.
Aku bersyukur dengan segala anugerah yang Engkau berikan kepada aku.
Syukran ya Allah :')

2 comments: