Assalamualaikum, jangan lupa follow ;)

Wednesday, March 19, 2014

Sahabat seperti keluarga :'D


Assalamualaikum.
Bismillah.
Aku mempunyai 9 orang sahabat di alam nyata
dan mempunyai seorang sahabat di alam maya.
Ke sepuluh-puluh orang sahabat ini menjadikan aku seorang insan yang
kuat kerana aku dapat merasakan semangat mereka di dalam hati aku.

Walaupun kami dilahirkan pada tahun yang sama 
Mereka mengatakan aku lebih tua kerana dilahirkan awal tahun 
dan lebih awal daripada mereka 9 orang.

Kawan...
seperti gula yang bertaburan.
Mereka adalah pengukir senyuman dan pembakar semangat bagi aku
Lumrahlah jika ada yang benci dan sayang.

Kadang aku terasa dan sentap dengan kata-kata serta sesetengah kelakuan mereka.
Tetapi aku tetap tersenyum dan bertegur seperti biasa
kerana Aku pergi ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu
BUKAN beremotional dan sahabat bukan tempat untuk 
kita jadikan mangsa kita lepaskan geram.

Wahai sahabat-sahabatku.
Andai aku masih tidak melaksanakan tanggungjawab
sebagai sahabat.
Maafkanlahh....
Sungguh aku tidak terniat untuk meninggalkan segala tanggungjawab aku.

Aku sangat bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan
sahabat-sahabat yang bermacam ragam.
Daripada perangai baik atau buruk
Aku jadikan pengalaman,pengajaran dan aku belajar dengan 
setiap apa yang telah terjadi.

Aku bukan maksum.
Tetapi tidak salahkan jika aku mencuba dan terus mencuba
untuk menjadi insan yang diredhai Allah.

Marilahh turut serta.
Genggamlah tanganku wahai sahabat-sahabat sekalian.
Aku tetap mencuba untuk menarik kalian ke Jannah.

Kuatkanlah hati dan bersabarlah.
kerana ganjarannya bakal kita dapat :)


No comments:

Post a Comment