Assalamualaikum, jangan lupa follow ;)

Thursday, March 20, 2014

Majlis Ilmu di sekolah

Penceramah hadir membawa peringatan
Allahuakbar.
Setiap kata-kata yang dikeluarkan tidak lari daripada kematian
Beliau hadir mengingatkan anak generasi muda bahawa
kematian kita semua adalah bila-bila masa.

Sungguh aku tersentuh dengan penyampaiannya
Jika kalian betul-betul menghayati.
Air mata kalian akan beroperasi dengan sendiri
Terus aku teringat akan mimpi aku

Siapakah kita yang hendak menahan dan menghalang hari kematian ?
Beliau menceritakan
Seorang pemimpin yang penuh kemuliaan pun telah menerima azab dihimpit kubur.
bayangkan PENUH KEMULIAAN.
Bagaimana dengan kita kelak ?

Pernahkan terfikir ?
Marilah bertaubat wahai saudara Islam aku.
Aku ingin menyelamatkan kalian walau apa cara sekali pun
Tinggalkan dan cegahlah kemungkaran
Amar Maaruf Nahi Mungkar.